jawatan kosong

Thursday, February 11, 2010

Tetamu Malam Pekan Atas Bukit


"Aduh, sakitnya". Hussin mengeluh sambil mengurut-urut betis kaki kirinya di balik pintu belakang di sebuah kedai roti nyonya tua di jalan Raja Midah. Petang itu suasana depan kedai roti nyonya tua itu kecoh dengan sekumpulan lelaki bermuka lebam-lebam dan berdarah-darah. "aku dah kata, mereka mesti kumpulan samseng!" bentak Guna dengan tangannya yang masih mengenggam gunting dan sikat. Chua yang masih tercengang-cengang dengan apa yang berlaku hanya membontot Guna berdiri di muka pintu kedai gunting rambut itu."kenapa mereka berkelahi dalam kedai ini?" Chua yang masih tidak faham apa yang telah berlaku sebentar tadi mula bersuara. Guna menjeling kepada Chua dan matanya memerhatikan semula kearah sekumpulan lelaki tadi. "jangan guna tangan! nanti tangan kau pula yang luka" Kak Zaiton menegur adiknya Kasim yang ingin memungut pinggan mangkuk yang pecah bersepah di lantai akibat sekumpulan lelaki yang bergaduh di kedai makannya. "mereka dah pergi ke hujung jalan sana. Barangkali mereka akan kembali semula ke sini" kata seorang lelaki yang dari tadi berdiri melihat kelibat sekumpulan lelaki itu. "haiya, apa lu bikin dalam gua punya dapur? keluar-keluar" marah nyonya tua kedai roti kepada Hussin yang dari tadi bersembunyi di dalam dapur kedai roti tersebut. Petang itu Hussin keluar bersembunyi dari pintu belakang kedai roti nyonya tua itu dengan kaki kirinya terhencut-hencut. "ada kau nampak si Hussin Petai? minggu lepas dia kata nak ikut aku esok ke Kota Pasir. Tapi bayangnya pun belum juga nampak" Tanya abang Basir si pemandu lori sayur kepada Daud Lembu si pejual daging lembu Pekan Atas Bukit sambil memerhatikan pekerjanya menurunkan sayur-sayur dari atas lori. "ntah lah, siang tadi ada berserapan di kedai Eton. Tak sempat saya nak bertegur dia sudah tergesa-gesa pergi. Nampak gayanya macam ada hal penting"

Pekan Atas Bukit cukup terkenal dengan kumpulan lelaki-lelaki samseng yang digelar peniaga-peniaga dan penduduk-penduduk kampung Pekan Atas Bukit. Kumpulan mereka sering bertempur dengan anak-anak didik Haji Ibrahim Gayung guru silat gayung di kawasan kampung Pekan Atas Bukit. "cilaka punya orang besar Malik Dom, aku akan serang lagi budak-budak kau esok malam" bisik Hussin geram sambil jalan terhencut-hencut melalui belakang-belakang kedai di Pekan Atas Bukit. Hussin seorang perniaga petai di tepi jalan masuk Pekan Atas Bukit. Tujuh keturunannya telah berniaga di situ sehinggakan arwah ayahnya dapat memilikii sebuah rumah mewah hasil dari berniaga petai sahaja. "nak ambil petai lagi ke bang Basir?" tanya si Daud Lembu sambil membersihkan bekas jualan daging lembunya yang dihurungi lalat. "dia yang beria nak ikut pergi ambil dengan aku. Katanya budak-budak sekolah nak cuti dah ni ramai yang nak kan petai tu maklumlah kenduri kawin banyak cuti-cuti sekolah nanti" terang abang Basir. Petang itu suasana depan kedai Daud Lembu tidak lah kecoh seperti di depan kedai roti nyonya tua tu. Kedai Daud Lembu berada dua baris di belakang kedai gunting rambut Guna menghadap saujananya gua batu kapur Kampung Pekan Atas Bukit. Suasana kecoh itu tidak sampai lagi ke pengetahuan Daud Lembu dan Abang Basir. Abang Basir dan Daud Lembu masing-masing kembali tertumpu dengan kerja-kerjanya. Dari jauh kelihatan si Kasim adik si Eton menongkat motorsikalnya di tepi tiang lampu jalan. "bang, bang Basir" tegur si Kasim. "orang tua tu bukannya dengar pun. Kuat lah sikit kau jerit tu Kasim oi" tegur Daud Lembu yang nampak Kasim datang di depan kedainya. "ha, Kasim ada apa?" tanya abang Basir yang mula menyedari mereka berbual tentangnya. "tadi, abang Hussin. Habis" kata Kasim sambil duduk di kerusi kayu kedai Daud Lembu. "apa yang habis? petainya ke? eh cepat pulak habisnya" tanya abang Basir pelik. "bukan petainya, tadi masa saya tolong Kakak saya di kedai, abang Hussin bertempur dengan lelaki-lelaki samseng tu. Habis semuanya dari kedai gunting si Guna tu sampai lah masuk ke kedai makan Kakak saya habis semua pinggan mangkuk pecah-pecah" belum sempat si Kasim menyambung ceritanya. Daud Lembu yang dari tadi sibuk menghalau kucingnya dari memakan daging lembu terus meluru ke arah Kasim "Habis mana si Hussin! tak apa-apa ke dia? ni tak boleh jadi ni. Aku dah lama geram dengan orang besar Malik Dom tu" terbeliak mata si Daud Lembu menahan marahnya. "nanti dulu sabar. Kalau ia pun biar lah si Kasim tu cerita dulu" tegur abang Basir pada Daud Lembu. Atan pekerja abang Basir turut menghampiri untuk mendengar cerita si Kasim. "nak di jadikan ceritanya ada pula rupanya Haji Berahim Gayung di kedai roti si nyonya tua tu. Apa lagi masuk lah Haji Berahim ke kedai kakak saya tu selepas dilihatnya lelaki-lelaki samseng tu bertempur dengan si Hussin Petai. Seorang-seorang di tamparnya lelaki-lelaki samseng tu melekat-lekat ke dinding habis semua pinggan mangkuk pecah. Bila Haji Berahim nak bagi buah pukul kedua saja, apa lagi berterabur lah lelaki-lelaki samseng tu lari lintang pukang" terang si Kasim dengan tangan ternaik-naik mengayakan hanyunan penampar Haji Berahim. "habis mana si Hussinnya?" celah Mak Lelah isteri ketua Kampung Pekan Atas Bukit yang dari tadi diam-diam datang memasang telinga. "saya pun tak tahu. Sebelum lelaki-lelaki samseng tu semua lari, Si Hussin Petai dah hilang dulu entah kemana. Masing-masing tidak bersuara. Tiga bulan lepas lelaki-lelaki samseng tu buat masalah dengan Mr. Goh pekebun tembikai. Habis tembikai-tembikai Mr. Goh di pecah-pecahnya. Dengarnya sebab Mr. Goh tidak mahu bayar wang perlindungan kepada mereka. "sudah tak boleh di biarkan" Mak Lelah memecah suasana yang tadinya sunyi dengan masing-masing terdiam. "makin lama dibiarkan makin menjadi-jadi. Kita harus kumpulkan orang-orang kampung untuk bermusyarat ambil tindakan segera" tegas Mak Lelah. "ha baguslah, kalau macam tu Mak Lelah pulang lah beritahu Tok Ketua mana patut" Atan yang sejak dari tadi diam hanya mendengar mula bersuara. "ialah aku balik lah dulu. nanti aku suruh Tok Ketua hubungi kau orang" Mak Lelah terus berpaling berlalu pulang dengan membawa bungkusan barang-barangnya.
(cerita ini akan bersambung selepas Night Line)

Search This Blog

About Me

My photo
Relaks, relaks aje. .. (Filsuf dan Ilorse) lagi beberapa hari akan masuk tahun baru 2010 meh!

online user

borak?


ShoutMix chat widget

tetamu

mood ketika ini

info harian aku

Info harian aku

"..setiap gerak hidup insan di dunia, aku hanya memerhati, senyum dan fahami.Terima kasih insan, kerana gerak hidupmu aku mengembara dengan ketabahan dan kegembiraan.."
---------------------------------------------

"lakukanlah apa yang kau rasa ia dapat mengembirakan hati kau tanpa mengenepikan agama dan menyakiti mahluk tuhan yang lain"

---------------------------------------------

"jikalau inginkan sesuatu hendaklah engkau banyak bersabar, sehingga Allah berikan engkau jalan keluarnya" - Hadith Sahih.

---------------------------------------------

"percaya sebelum melihat sesuatu dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya"

---------------------------------------------

akan curi-curi masa untuk membeli buku "Rindu dan air mata di Ktziot" RM 16.00 dan "Musuh Rahsia" RM 25.00 ( dua-dua buku best!)

---------------------------------------------

Baru lepas siap buat blog tempahan :- http://bekam-tradisional.blogspot.com

---------------------------------------------
Editor by : Eddy Qibran
---------------------------------------------

Live Traffic Feed

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates